Thursday, February 21, 2013

PERJALANANKU (TRIBUTE TO ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD)

Hadirnya dirimu ke dalam dunia seni hiburan tanah air telah memberi kesan yang mendalam kepada kami sebagai peminatmu. Lagu-lagu nyanyianmu membuatkan hati kami menjadi cair.

Wajahmu yang kacak, suaramu yang merdu, dan kelincahan serta gelagatmu membuatkan hati kami rasa terhibur. Tetapi di sebalik keceriaanmu, tersimpan satu kedukaan yang jelas terpancar di hatimu apabila di takdirkan berpisah dengan isterimu pada tahun 1984 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Ku di ketawa dan di caci, ku di puja dan di benci, ku menangis seorang diri. Aku terperangkap dalam diri, aku terpedaya oleh mimpi, aku di kejari bayang-bayang, keterpaksaan menyeksakan. Malam ku suram siang ku kelam, ku kegelisahan, mencari-cari, ke mana pergi harga diri ini.

Lirik lagu Aku dan duniaku, Di dalam sepi itu dan Merisik Khabar menggambarkan kesedihan yang dialami dirimu. Hidupmu bagaikan di rundung ombak yang penderitaan.

Tanggal 19 Mac 1989
Kenangan yang tidak kami lupakan ialah ketika dirimu mengharumkan nama Malaysia dengan menyanyi di hadapan umum iaitu lagu One Thousand Million Smile di Royal Albert Hall, London serta mendapat gelaran Penghibur No. 1 Asia. Selain dirimu ada beberapa yang turut bertanding seperti Anita Sarawak, Mendiang Leslie Cheung dan Kuh Ledesma.

22 Februari 1992
Tarikh keramat yang masih kekal di ingatan kami apabila perginya seorang penghibur berjiwa rakyat, berjiwa seni dan penghibur yang berjenaka. Kehilanganmu membuatkan hati dan perasaan kami yang dahulunya ceria menjadi sedih.

Kami semua berbangga dengan pencapaianmu, hasil kerja keras dan pengorbananmu semata-mata untuk memartabatkan serta memajukan hiburan hingga mara ke hadapan. Semoga dirimu berbahagia dan tenang serta di cucuri oleh Rahmat. Al-Fatihah.

TERIMA KASIH SUDIRMAN.

Tuesday, February 19, 2013

JANJIMU HANYA KENANGAN

Tatkala malam yang penuh sepi, ku ingin mencoretkan segala apa yang terbuku di dalam hatiku ini. Ku tuliskan di sini agar semua orang tidak tahu siapakah dirimu sebenarnya.

Dulu kau pernah berjanji selepas kita menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun secara tidak rasmi. Kau berjanji dengan ku agar kita berkahwin selepas tamat pelajaran selama 5 Tahun.

Tapi, janjimu itu hanya tinggal janji apabila kau di kahwinkan dengan lelaki pilihan ibu dan bapamu. Apa kurangnya diriku ini? Mengapa ibu dan bapamu tidak suka denganku? Hanya kerana aku ini datang dari keluarga miskin? Dan yang tidak berharta?

Sampai hatimu membiarkan aku selama 5 Tahun menunggu macam orang bodoh! Segala pengorbanan dan cinta yang ku berikan serta impianku untuk melamarmu sebagai isteri, kau musnahkan begitu sahaja.

Aku bukan mainan yang kau boleh pakai dan buang begitu sahaja! Aku juga manusia, ada perasaan dan ada harga diri. Rupanya selama ini kau jadikan aku sebagai jambatan untukmu agar kau berjumpa dengan lelaki itu dan setia kepadanya. Apa yang ku harapkan adalah agar cinta kita sampai di sini sahaja dan segala apa yang telah kita perjuangkan selama ini biarlah sampai di sini. Terima kasih kerana kau telah mengecewakanku.

Ku doakan dirimu dan lelaki itu bahagia untuk selamanya.

HIJRAH SEORANG SEPUPU

Sepupu.


Lahirnya dirimu selama 22 Tahun di dunia ini, membawa seribu sinaran gemerlapan yang bercahaya dalam hidup ibu dan bapamu. Wajahmu bagaikan seorang lelaki yang sentiasa percaya kepada kebaikan serta qada dan qadar.

Sepupu,

Sikap, perangaimu dan keletahmu membuatkan kedua ibu bapamu dan adik-beradikmu sentiasa tersenyum riang. Kami yang juga saudaramu gembira tidak terkata malah seronok sangat.

Sepupu,

Setelah dirimu menempuh alam kedewasaan, dirimu memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti. Dari Segamat belajar di Melaka hinggalah bakal mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

Sepupu,

Selamat hari lahirmu yang ke 22 Tahun. Tanggal 23 Februari itulah merupakan tarikh keramat yang masih terluput di ingatan ibu bapa dan adik-beradikmu. Semoga sentiasa ceria selalu hingga ke akhir hayat.





Monday, February 18, 2013

BUNGA KESAYANGANKU

Suatu hari, ketika aku duduk di tepi tasik, ku merenung ke atas. Ku melihat awan-awan yang cantik serta burung - burung berterbangan, sambil merenung ke atas dan mendongak ke langit yang begitu tinggi, ku mengambil kesempatan untuk melukiskan wajahmu.

Ku melukis dengan perasaan yang begitu tenang dan bahagia. Ketika ku melukiskan wajahmu, ku tak sedar yang engkau hadir dan berada di belakang ku sambil leka melihatkan gayaku melukiskan wajahmu.

Kau adalah sumber inspirasiku untuk menjadi pelukis tegar. Kau adalah kekasih yang memahami diriku dan yang sentiasa menyokongku dalam setiap keputusan yang ku buat. Kau membuatkan diriku gembira selalu.

Hadirnya engkau dalam hidupku, bagaikan membawa satu sinaran yang penuh cahaya dan yang menerangi segala kegelapan di setiap sudut dalam diriku. Kecantikanmu bak sebutir mutiara yang penuh gemilang dan sempurna. Kau adalah bunga yang sentiasa menjadi pujaanku hinggalah kita bakal menjadi pasangan tunangan dan suami isteri untuk selamanya.



TERIMA KASIH SAYANG.

Saturday, February 16, 2013

KAU PERGI DI HARI BERSEJARAHKU

Imran,

Kepergianmu membawa seribu kesedihan dan kedukaanku. Kau pergi bersama kenangan dan memori indah yang kita ciptakan bersama. Kau tinggalkan diriku pada saat-saat kita memulakan kebahagiaan di hari persandingan kita.

Imran,

Ku masih ingat ketika kita mula bertemu pada awal Tahun 2006. Wajah dan perangaimu sangat nakal dan suka membuli orang apalagi diriku dan rakan-rakan yang lain. Tetapi setelah itu, perangaimu sudah berubah daripada seorang pembuli yang nakal kepada seorang lelaki yang baik.

Imran,

Sepatutnya, pada 3 November 2012, kita sudah bergelar suami dan isteri setelah 2 Tahun mengikat tali pertunangan. Sayangnya, kau pergi di hari bersejarah kita. Kau pergi menemui penciptamu untuk selamanya.
Dari kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri Arwah.

Imran,

Betapa sedih dan menangisnya aku ketika itu. Hantaran sudah siap di buat, pelamin dan kerusi khas sudah di pasang pada dinding dan bunga manggar sudah pun di letakkan di jalanraya seluruh kampung serta beberapa orang tetamu jemputan sudah pun hadir. Suasana hari indah kita yang sepatutnya meriah menjadi sedih. Tetapi aku tahu, Tuhan lebih sayangkan dirimu.

Imran,


Ku doakan untuk dirimu agar sentiasa bahagia di sana. Semoga Allah menempatkan dirimu bersama orang-orang yang Soleh.

Friday, February 15, 2013

SAHABAT YANG SETIA

SAHABAT,


Kaulah teman untuk ku berkongsi suka dan duka, cerita dan segalanya. Kau juga menemani aku di saat aku dalam kegelapan dan kesepian.

SAHABAT,

Kau adalah teman penghibur dan tempat bergurau senda di kala aku dalam kerusungan serta di kala aku dalam masalah. Kau juga insan yang ku anggap lebih daripada seorang sahabat tetapi ku menganggap dirimu macam ahli keluargaku.


SAHABAT,

Kau adalah teman yang paling jujur dan dipercayai antara satu sama lain. Kau adalah penolong ketika aku memerlukan dan bantuan serta bila aku dalam keadaan yang penuh terdesak.

SAHABAT,

Terima kasih kerana kau sudi mengambilku untuk menjadikan diriku sebagai temanmu.
Kini aku berasa lega dan gembira dan semua masalah ku selesai bila ku kongsikan sesuatu cerita denganmu.
Ku berharap agar persahabatan yang kita bina ini akan kekal sampai selamanya.

TERIMA KASIH SAHABATKU. 

Thursday, February 14, 2013

UNTUKMU WANITA

WANITA,


Kau mempunyai wajah yang ayu dan gebu. Kau juga mempunyai bentuk dan paras rupa yang cantik.
Kau bagaikan kuntuman bunga yang mekar dan mewangi. Sikapmu, gaya dan keanggunanmu membuatkan hati kaum lelaki di luar sana menjadi cair apabila melihatkan dirimu.


WANITA,


Kau memang bijak membuatkan kesemua kaum lelaki tergoda dengan kesopananmu, kesucianmu, keanggunanmu dan keayuanmu. Kau membuatkan kaum lelaki di luar sana terpesona denganmu.


WANITA,


Bulu dan warna matamu, sangat indah apalagi dengan wajah yang penuh solekan serta mulut yang di hias cantik dengan gincu. Kau bijak dan pandai berkata-kata serta pandai memahami dan perasaan kaum lelaki.


WANITA,


Kau bijak dalam masak-memasak, kau bijak mengemas rumah, kau bijak melayani suami dan anak-anak serta kau bijak memilih sahabat yang sesuai.