Wednesday, February 13, 2013

KEKASIH YANG DERITA

SAYANG,

Ketika ku berlari, ku melihat dirimu sedang bergembira bersama si dia, sedangkan aku di sini terluka dik kerana sikap dan tingkah laku mu itu. Ku berdiri dengan perasaan benci, marah bercampur cemburu.

SAYANG,

Esoknya, di hari persandinganmu, aku datang dengan wajah yang penuh dendam dan sakit hati bila kau di kahwinkan bersama si dia. Ku menangis keseorangan dan menderita kesepian.

SAYANG,


Bila ku tatap bingkai dan gambar kita, ku pecahkan bingkai serta gambar itu. Lalu, ku melihat surat-surat cinta yang kau utuskan untuk ku, aku koyak-koyakkan ke semua surat-surat itu. Tetapi aku tahu, cinta itu tak boleh dipaksa. Hidupku, hatiku hancur berkecai dan luluh bila kau dikahwinkan dengan perempuan yang kau tak cinta. Mudahnya kau lupakan segala kenangan dan janji yang kita bina di waktu kita bersama dahulu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa kecewa dari setiap sudut dan ruang dalam hatiku dan betapa terseksanya batin dan jiwaku ini, serta cinta yang ku berikan kepadamu, lalu kau campakkan cinta itu dan  kau biarkan ia hanyut di lautan yang penuh sepi.


SAYANG,

Kini ku membawa diri untuk pulang ke kampung halamanku dengan wajah yang penuh duka dan sedih. Aku ingin menjalani kehidupanku dengan tenang. Ku berharap semoga dirimu dan si dia sentiasa bahagia dan lenyapkanlah diriku ini dari segenap pelusuk ingatanmu itu.



 


SELAMAT TINGGAL SAYANG.

No comments:

Post a Comment