Emak yang susah payah membesarkan saya dengan tangan Emak yang begitu indah. Emak juga yang rela berkorbankan diri dan nyawa Emak demi menjaga saya walaupun cuma anak saudara.
EMAK,
Emak yang bersusah payah untuk menyekolahkan saya, membelikan baju dan seluar sekolah saya, menyediakan belanja, membayar duit yuran sekolah saya, memasakkan lauk untuk saya ketika lapar dan memberikan saya air ketika saya dahaga.
EMAK
Emak yang sanggup menemani saya ketika saya demam, sakit, jatuh dan terluka. Emak sanggup merotankan saya hanya kerana sayangkan saya. Emak juga yang mengajarkan saya membaca doa supaya sentiasa ingat kepada Allah S.W.T.
EMAK,
Semoga di hari lahir Emak nanti, saya berharap agar Emak sentiasa bahagia di sisi suami, anak dan menantu serta cucu-cucu Emak hingga ke alam syurga.
EMAK
Terima kasih di atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Emak curahkan kepada saya selama ini.
Saya tahu, tiada siapa yang akan dapat menggantikan Emak. Semoga Emak dipanjangkan usia, di murahkan rezeki dan sentiasa di lindungi untuk selamanya.
INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment