Aku tidak bisa tidur kerana aku sentiasa memikirkanmu. Lalu, ku coretkan sebuah cerita yang penuh indah sambil melihat bulan di langit.
Zaleha,
Aku tuliskan coretan ini dalam keadaan malam yang begitu sunyi dan sepi tanpa sebarang kebisingan di kamarku sambil menatap bulan di langit.
Zaleha,
Hidupku selama ini kesepian selepas tunanganku, Dahlia, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan antara kereta dan motor 7 Tahun yang lalu. Sepanjang 7 Tahun itulah yang membuat aku rasa sunyi dan keseorangan, duduk di atas katil seperti orang sakit, mulut tidak mahu bercakap, makan pun tidak mahu apa lagi berjumpa dengan orang lain pun aku tak mahu. Namun aku mengerti, Dahlia pergi atas ketentuan ilahi. Aku berharap, Dahlia di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Zaleha,
Bila kau hadir dalam hidupku, aku merasa semangat ku hadir semula dalam diriku yang dahulunya kesepian.
Zaleha,
Akhirnya pada 15 Disember 2012, dengan restu kedua ibu bapa kita dan izin dari Tuhan, kita berdua diijabkabulkan sebagai suami dan isteri yang sempurna dan sah.
Zaleha,
Terima kasih kerana mengambilku sebagai suamimu. Aku berjanji, aku akan sentiasa membuatmu tersenyum, bahagia, sentiasa ceria dan gembira, selalu setia hingga akhir hayat.
Terima kasih, ZALEHA.
Dari: Muhammad Azri Bin Mahamad Radzi
No comments:
Post a Comment