Tuesday, February 19, 2013

JANJIMU HANYA KENANGAN

Tatkala malam yang penuh sepi, ku ingin mencoretkan segala apa yang terbuku di dalam hatiku ini. Ku tuliskan di sini agar semua orang tidak tahu siapakah dirimu sebenarnya.

Dulu kau pernah berjanji selepas kita menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun secara tidak rasmi. Kau berjanji dengan ku agar kita berkahwin selepas tamat pelajaran selama 5 Tahun.

Tapi, janjimu itu hanya tinggal janji apabila kau di kahwinkan dengan lelaki pilihan ibu dan bapamu. Apa kurangnya diriku ini? Mengapa ibu dan bapamu tidak suka denganku? Hanya kerana aku ini datang dari keluarga miskin? Dan yang tidak berharta?

Sampai hatimu membiarkan aku selama 5 Tahun menunggu macam orang bodoh! Segala pengorbanan dan cinta yang ku berikan serta impianku untuk melamarmu sebagai isteri, kau musnahkan begitu sahaja.

Aku bukan mainan yang kau boleh pakai dan buang begitu sahaja! Aku juga manusia, ada perasaan dan ada harga diri. Rupanya selama ini kau jadikan aku sebagai jambatan untukmu agar kau berjumpa dengan lelaki itu dan setia kepadanya. Apa yang ku harapkan adalah agar cinta kita sampai di sini sahaja dan segala apa yang telah kita perjuangkan selama ini biarlah sampai di sini. Terima kasih kerana kau telah mengecewakanku.

Ku doakan dirimu dan lelaki itu bahagia untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment