Wajahmu yang kacak, suaramu yang merdu, dan kelincahan serta gelagatmu membuatkan hati kami rasa terhibur. Tetapi di sebalik keceriaanmu, tersimpan satu kedukaan yang jelas terpancar di hatimu apabila di takdirkan berpisah dengan isterimu pada tahun 1984 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Ku di ketawa dan di caci, ku di puja dan di benci, ku menangis seorang diri. Aku terperangkap dalam diri, aku terpedaya oleh mimpi, aku di kejari bayang-bayang, keterpaksaan menyeksakan. Malam ku suram siang ku kelam, ku kegelisahan, mencari-cari, ke mana pergi harga diri ini.
Lirik lagu Aku dan duniaku, Di dalam sepi itu dan Merisik Khabar menggambarkan kesedihan yang dialami dirimu. Hidupmu bagaikan di rundung ombak yang penderitaan.
Tanggal 19 Mac 1989
Kenangan yang tidak kami lupakan ialah ketika dirimu mengharumkan nama Malaysia dengan menyanyi di hadapan umum iaitu lagu One Thousand Million Smile di Royal Albert Hall, London serta mendapat gelaran Penghibur No. 1 Asia. Selain dirimu ada beberapa yang turut bertanding seperti Anita Sarawak, Mendiang Leslie Cheung dan Kuh Ledesma.
22 Februari 1992
Tarikh keramat yang masih kekal di ingatan kami apabila perginya seorang penghibur berjiwa rakyat, berjiwa seni dan penghibur yang berjenaka. Kehilanganmu membuatkan hati dan perasaan kami yang dahulunya ceria menjadi sedih.
Kami semua berbangga dengan pencapaianmu, hasil kerja keras dan pengorbananmu semata-mata untuk memartabatkan serta memajukan hiburan hingga mara ke hadapan. Semoga dirimu berbahagia dan tenang serta di cucuri oleh Rahmat. Al-Fatihah.
TERIMA KASIH SUDIRMAN.
No comments:
Post a Comment